Catatan

Imej
                                        ISU MORAL TEMPATAN GENGSTERISME      Gengsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja, golongan ini berpotensi untuk mewujudkan geng. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan geng sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.      Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dan kanak-kanak terlibat gengsterisme. Antara faktor berlakunya gejala ini i...